Quantcast
Channel: Cuti-cutiMalaysiaSabah.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Program Amal melalui Team Building

$
0
0

Program seumpama ini biasanya dijalankan oleh syarikat untuk membina kesefahaman antara pekerja. Selain bersuka-ria bersama rakan-rakan, anda juga boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan kerja amal. Berikut merupakan aktiviti yang boleh dijalankan.

  1. Charity Shopping Spree

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling mudah. Walaupun aktiviti ini nampak menarik, anda diberikan tugas yang mencabar. Untuk aktiviti ini, anda memerlukan bajet yang terhad, senarai barangan yang perlu dibeli dan kalkulator. Setiap kumpulan dikehendaki membeli barangan di pusat beli-belah atau di kawasan bandar. Kumpulan yang membeli barangan dalam senarai yang paling banyak dan berbelanja dengan sedikit akan menang dalam aktiviti ini. Barangan yang telah dibeli akan disedekahkan kepada keluarga yang memerlukan atau diberi kepada rumah anak yatim.

  1. Cooking for a Cause

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan makanan menggunakan bahan yang terhad. Contohnya, pertandingan ini memerlukan setiap kumpulan untuk menyediakan sandwich, menggunakan bahan asas seperti roti, mayonis, timun, dan satu bahan tambahan yang dipilih oleh ahli kumpulan. Anda boleh menjemput sesiapa yang anda ingin sedekahkan makanan tersebut, atau anda boleh melawat tempat seperti rumah anak yatim, rumah jagaan orang tua, ataupun ke rumah fakir miskin.

  1. Paws for a Cause

Kerja amal bukan hanya untuk manusia, malah binatang juga memerlukan perhatian. Salah satu cara untuk membantu pusat perlindungan haiwan ialah dengan mengutip derma untuk membeli barangan keperluan seperti makanan. Melalui permainan yang bertemakan haiwan, anda akan diberikan wang berdasarkan markah yang diperoleh dari permainan tadi.

Selain itu, anda juga boleh membantu dalam pembinaan kandang atau rumah untuk haiwan di pusat perlindungan haiwan.

  1. Green Thumbs

Selain haiwan, anda boleh melakukan aktiviti memulihara alam sekitar dengan menanam pokok dan tumbuhan. Aktiviti dimulakan dengan menghias pasu mengikut kreativiti masing-masing. Cara lain ialah membina tapak semaian menggunakan kayu. Kemudian, anda boleh menghias tapak semaian tersebut. Selepas itu, anda boleh menanam pokok bunga, dan pokok bunga ini akan digunakan sebagai hiasan di rumah jagaan orang tua atau tempat-tempat lain yang bersesuaian.

  1. Care for Kids

Di negara kita, masih terdapat banyak sekolah yang serba kekurangan dan pelajar luar bandar yang kurang mendapat perhatian dan peralatan yang diperlukan untuk belajar. Untuk pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman, kelengkapan pembelajaran mereka serba serbi kekurangan. Dengan menjalankan aktiviti team building di kawasan terpencil ini, anda boleh membantu membina perabot baru, atau membaiki kerusi dan meja yang rosak.

Aktiviti team building bukan sahaja untuk berseronok, malah kini anda dapat membantu orang yang memerlukan bantuan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti team building ini, sila lawati laman web kami di : Team Building di Sabah & Sarawak

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images